dear all,
this was quite easy to do and nice to eat. i've translated it to malay - so that next time my helper can do it! infact she uli-ed and made the crust, so it's maid-teachable!
Chicken pie
Crust
400 g tepung gandum (ayak)
200 gram marjerin
secubit garam
7 – 8 sudu besar air sejuk (dari peti sejuk)
campurkan dengan hujung jari tepung + Margarin + garam – jadikan seperti serbuk roti. Tambah air sehingga adunan lembut
bahagi kepada 2 bahagian – biarkan sebentar kira kira 20 minit.
isi
400 gram isi ayam (potong dadu)
1 sudu besar butter
1 biji bawang besar (dadu)
35 gram tepung gandum
1 ½ cawan susu segar
2 sudu besar minyak masak
3 daun bawang
keju – 4 keping
panaskan minyak dan goring ayam. Biarkan ketepi.
Cairkan butter dan tumis bawang hingga lembut. Tambah tepung.
Tambah susu, sedikit sedikit. Kacau. Tutup api bila pekat.
Campurkan ayam, daun bawang, sayur campur, garam, lada putih, keju.
Panaskan oven 180 darjah.
Tepung – diuli leper. Letakkan ke dalam bekas (disapu marjerin dulu). Cucuk beberapa kali dengan garpu.
Bakar dalam oven – 20 minit.
Letakkan isi ke dalam bekas.
Tutup dengan adunan tepung. Buat potongan halus di permukaan.
Berus dengan telur yang telah dipukul.
Baker dalam oven 180 darjah – 40 hingga 45 minit.